Thursday, September 9, 2010

CaMat HarY RaYe AidilfitRi ♥ ♫ ♥

H

Salam..
SeLamaT menyambut Hari Raya Aidilfitri. 
Mudah mudahan kita semua dilimpahi rahmat oleh Allah SWT untuk memperoleh ganjaran lebih berganda sebelum Ramadhan nan mulia ini melabuhkan tirainya. 
 Seperti orang lain, saya turut merasa hiba dn sayu mengenangkan Ramadhan akan berlalu. Urm..entah dapat atau tidak menemuinya tahun depan.. Yelaa, ajal maut ditangan Tuhan. hanya Allah sahaja yang menjadi penentu.. Memang seronok bile setiap malam akan pergi ke masjid untuk bertarawih.. 
Bulan Ramdhan ini laa masa untuk berlumba-lumba mendapatkan ganjaran dan keredhan drpd Allah SWT.. Harap2 bulan Ramadhan ini, diri ini diketemukan dgn malam Lailatulqadar.. Amin..
Takbir raya yg akan berkumandang pada esok subuh dingin pasti mengusik jiwa. Ramai2 akan menuju ke masjid untuk bersolat hari raya. Selesai solat, berduyun2 pula ke pusara  org2 yg tersayang yg telah pergi meninggalkan kita. Walaupun mereka sudah tiada, ingatan tidak pernah pudar.. Moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Al-fatihah.
Syawal juga la hari pertemuan semula dengan saudara mara dan sahabat handai yang bertahun-tahun tidak berjumpa. tentu banyak yang hendak kita kongsikan bersama. Kunjung mengunjungi rumah dn meminta maaf pasti menjadi perkara utama sepanjang Syawal ini. Bagi kanak2, ini laa masanya untuk kumpul duit raya. kadang2 bertanding siapa yg dpat kumpul duit raya yg paling byk. Memang sronok bile dikenangkan zaman sewaktu kanak2..
Dalam bergembira beraya, jangan laa kita lupa pada saudara kita yg tidak dapat bergembira di Pagi raya. Insan-insan yg perlu diberikan perhatian seperti anak yatim, orang miskin, kurang upaya dn juga warga emas yg hidup sebatang kara.
Dikesempatan ini, saya Abdul Syakir b. Abdullah ingin meminta ampun dn maaf banyak2 dari hujung kaki hingga ke hujung rambut jika ada terkasar bahasa, tersalah perbuatan samada disedari mahupun tidak. Kepada Mak dn abah.ampun kan laa segala dosa Akir. Terima kasih kerana melahirkan dn membesarkan anakmu ini. Kepada saudara mara dn teman-teman jauh dn dekat, kawan-kawan lama dn baru, maafkan saya andai pernah melukakan hati anda semua.. Jemput bertandang ke rumah raya nt.. Insyaallah, raya ketiga ada di Kuantan. Petang ini, selepas habis waktu kerja, saya akan berangkat ke kampung di Bentong. tak sabar rasanya untuk berjumpa ngan nenek dn  pakcik makcik serta sepupu.. (^_^) Doakan agar perjalanan nanti selamat tiba ke distinasi yg dituju. Aminn..
Akhir kata drpd saya dengan tulus dn Ikhlas.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...