Saturday, February 27, 2010

Apa Yang Lelaki Suka Dan Tak Suka

Hehe..khas untuk gurl. Yang mane daa kapel or blom kapel.nie sedikit info mengenai lelaki. Mesti korang nak tahukan ape yang lelaki suka dan tak suka mengenai perempuan. Lelaki nie seperti mane yang korang tahu.mmg cerewet dalam soal memilih teman hidup. He.biase laa.mesti nak kan yang terbaik.  (^_^). Lelaki kalu korang nak tahu.. xmemilih sangat daa dalam soal rupa paras nie. Sebabnye kadang2 perempuan yang muka cantik nie, perangai..ish3. Ya Allah.teruk sgt. (minta ampun..bukan nak mengutuk taw). Lelaki nie nt bukan jerw nk kwin ngan fizikal korang.tp juga akan kwin juga ngan perangai2 korang nie. Macam kita beli buah.ape2 buah laa. yang kita nak dan rase isinya kan. tp kalu kulit tu lawa.bersih.but isi kat dalam tu buruk or rosak.tentu kita xnak kan.

So.nie yang gurl2 yang sane tu perlu tahu apa Yang Lelaki sUka daN taK sUka

Lelaki Suka:

* Sikap kelakar
* Budi pekerti dan kesopanan
* Murah hati
* Senyuman manja
* Pandai memasak
* Pandai dalam mengenakan pakaian
* Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
* Tak mudah naik angin
* Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
* Tak terlalu seksi dalam berpakaian
* “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
* Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
* Berwawasan atau bercita-cita tinggi
* Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
* Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
* Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
* Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
* Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
* Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
* Sikap keibuan
* Sukakan kanak-kanak
* Suara lembut tanpa dibuat-buat
* Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
* Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
* Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
* Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
* Tahu bersyukur
* Pandai berjimat-cermat
* Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal


Lelaki Tak Suka:

* Wanita yang suka mengumpat
* Sombong dan bongkak
* Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
* Hisap rokok
* “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
* Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
* Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
* “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
* “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
* Wanita yang hipokrit
* Pembohong dan suka mencari alasan
* Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
* Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
* Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
* Pengotor dan pemalas
* Tak bertanggungjawab langsung
* Tak pandai mengemas
* Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
* Kuat berleter walau hal remeh temeh
* Boros berbelanja
* Tak tahu memasak
* Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
* “Queen Control” atau suka mengarah-arah
* Tak pandai bergaya atau selekeh
* Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
* Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
* Panas baran
* Kuat merajuk dan sukar dipujuk
* Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
* Tak mahu mengakui kesilapan dan ego



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...