Saturday, February 27, 2010

7 'C' sebab suami benci isteri

Hari2 sering kita baca tetang kes penceraian. Ya Allah.rasenye makin teruk dan berleluasa. Urm.kenapa leh jadi mcm nie.. Bukan kerw zaman sekarang bercinta atas dasar suka sama suka. Patutnya xterjadi penceraian. Lain laa zaman dahulu kala.dimana perkahwinan ditentukan oleh mak dan ayah kita. Xkenal pun ngan bakal isteri or suami kita tu. Kadang2 muka dye pun xpernah tngak. tup tap.esoknya daa kawin.. Yang peliknya.pada zaman tu kurang pulak kes penceraian.

Urm..rase korang la mane silapnye eak? Sebut tentang sebab kes penceraian berlaku, Kebetulan aku pernah dengar la Dato' Dr Fadzilah Kamsah nie cerita tentang 7 'C' sebab suami benci isteri. Harap boleh dijadikan iktibar dan juga panduan kepada sesiapa pun yang nak kwin or daa berkahwin..oke. Just nk dikongsikan bersama. (^_^)

C1. CABAR

Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadzilah kata JGN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...

C2. CABUL
Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR
Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje ... Ade isteri kata - mekap untuk suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ...

C6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ...

p/s: bukan nak tuduh salah isteri semata2. Suami pun ada gak akhlak2 yang xbaik yang menbuat isteri benci suami. Yang nie.akan dipostkan laen kali ea.  Wslam..

 sekadar hiasan jerw. (^_^)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...