Monday, March 8, 2010

Pesanan Pizza 2057

 
Hehe.Kali nie nk kongsi satu cerita ttg pesanan pizza pada tahun 2057.. Klakar, Seram.takot..semua ada bile baca crite nie. Hahaha.Bg Yang daa baca.jGn lak korang Bgtau daa baca. Cenyap jerw Taw. Nie pOst untUk yang bLom baCa lagi.. Sekadar DikongSi bersaMa. EnjoY it. (^_^). jgn lupa comment ea..

Kehidupan manusia- Selamat datang ke dunia IT.

Rakaman Percakapan telepon pesanan Pizza tahun 2057

Operator : terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot, boleh saya bantu ....

Pelanggan : heloo,saya nak pesan pizza

Operator : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonan seterusnya.

Pelanggan : OK, sekejap. No nya : 990129-06-5569

Operator : Ok Encik Rahmat ,berumur 58 tahun, encik tinggal di Jalan Hang Jebat no.51, Seksyen 6/45A, Shah Alam. nombor telefon rumah : 03 75643876, No pejabat : 03 56854319 ext 999 dan no telefon bimbit : anda 017-5724765 ,encik menelefon dari mana?

Pelanggan : dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no tel saya ?

Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.

Pelanggan : Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza - pakej family

Operator : Itu bukan idea yang bagus encik

Pelanggan : kenapa pulak ?

Operator : Dari medical record encik, encik memiliki tekanan darah tinggi dan kolesterol yang berlebihan dari paras normal.

Konsumen : Jadi awak rekemenkan apa ?

Operator : Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza

Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?

Operator : Hmmm minggu lalu pakcik baru pinjam buku yang berjudul "Popular Hokkien Dishes"dari perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.

Pelanggan : Ok lah. Ikut jek la. So, berapa harga pakej family yg saya pesan tadi?

Operator : Tapi 1 pakej family kami takkan cukup untuk anak encik yang berjumlah 7 orang .., jd jumlah keseluruhan untuk 2 pakej family adalah RM160.00

Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.

Operator : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad Visa pakcik dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak RM4050.00 sejak bulan Ogos lalu , itu belum termasuk caj denda untuk tunggakan bayaran bulan rumah encik.

Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum penghantar pizza sampai , ke rumah saya.

Operator : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun encik dalam kesemua empat bank iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public Bank menunjukkan baki kurang dari RM1.00

Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash kat sini. berapa lama Pizza akan di hantar ?

Operator : sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lama dan tak suka menunggu, encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcai pakcik.

Pelanggan : APA ????

Operator : Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun 2018 dengan no pendaftaran CWA 3412. betul kan pakcik ?

Pelanggan : Cis! Melampau betul! Celaka gile. Sape bagi bukak rekod org lain sesuka hati ni? ada yg nak kena belasah ni??!!,

Operator : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan. Takkan encik dah lupa tarikh 10 Ogos 2021 pakcik pernah kena tahan lokap sebulan sebab bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di Plaza ALam Sentral, Shah Alam.

Pelanggan : (Terdiamm....)

Operator : Ada nak tambah yang lain encik ?

Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2 botol coca cola kan ?

Operator : Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada juga mengidap DIABETES, jadi kami tidak mau mengambil sebarang risiko.....

Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA !

Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan encik, untuk sebarang komen, kritikan dan pandangan, encik boleh mengisi form online pada website kami,username dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah kotak pizza yang encik pesan... terima kasih kerana telah menghubungi Pizza Hot....

Saturday, March 6, 2010

Ape PersonalitY KoranG (?_?)


'Mak aii.sensetifnya dye.' 'hehe.awk nie periang laa'. 'Urmm..pediam laa dye tu..' Haaa. ayat ayat nie msti korang daa pernah sebutkan. Kenapa personaliti nie pelbagai. Xleh kerw ade satu jer. Kalu boleh nk jer semua org periang, happy go lucky. hehe. Like in the heaven. waaa.sronoknye laa. He.Kali nie nk kongsi ttg personaliti. Nk jadi kaunselor lak. haha.bolehkan (^_^). Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yg terbentuk dlm diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi.

a) Personaliti Periang
Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dlm hidup. Mereka biasanya:
1. berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain
2. lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk sendiri atau berfikir dengan idea sendiri
3. lebih suka berbincang dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri
4. lebih banyak bercakap dari mendengar
5. berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah
6. gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain
7. Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak

b) Personaliti Pendiam
Sifatnya:
1. lebih suka menyendiri
2. sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan ssesuatu yang mereka sukai
3. mudah merasa diketepikan dalam keramaian
4. lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian
5. menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu
6. seorg pndengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain

c) Personaliti Perasa
Sifatnya:
1. mahu jawapan yang pasti dan tepat
2. suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak
3. suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak
4. mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh
5. lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu
6. kurang mempunyai firasat

d) Personaliti Peramal
Sifatnya:
1. gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa
2. selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang baru
3. tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh
4. gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut
5. sering memberi jawapan berbentuk umum
6. gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa
7. banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan
8. suka menguji kebolehan orang lain

e) Personaliti Pemikir
Sifatnya:
1. mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang
2. sering bertenang wpun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik
3. yang penting dia mestilah benar setiap masa
4. kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik
5. baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi
6. suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan

f) Personaliti Sensitif
Sifatnya:
1. sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati dengan perasaan,kehendak dan kesukaan orang lain
2. dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yg orang lain rasa dan bukan apa yang betul
3. suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan
4. tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain
5. akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain

Friday, March 5, 2010

Renungkan Kelebihan Jumaat


HARI Jumaat adalah penghulu segala hari pada setiap minggu. Hari Jumaat juga hari besar di sisi Allah dan dikhususkan bagi umatnya. Ini jelas daripada Firman Allah yang bermaksud:

"Apabila diseru untuk bersembahyang pada hari Jumaat maka segeralah kamu mengingati Allah serta tinggalkan jual beli. Inilah yang lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui". (Surah Jumaah: Ayat 9)

Dalam ayat itu, Allah melarang manusia bekerja dan berusaha untuk kepentingan dunia sebaik ia mendengar seruan azan solat Jumaat. Larangan ini menggambarkan bahawa menunaikan fardu Jumaat penting dan wajib dikerjakan.

Dalam hadis lain Rasulullah mengatakan hari Jumaat adalah hari yang besar di sisi Allah. Ia lebih besar daripada Aidilfitri dan Aidiladha.

Di dalamnya pula ada lima kelebihan iaitu:

1. Allah menjadikan Nabi Adam a.s.
2. Allah menurunkan Nabi Adam a.s ke bumi.
3. Allah mematikan Nabi Adam a.s.
4. Terdapat satu saat yang mustajab dan sesiapa yang berdoa pada saat itu nescaya Allah mengizinkannya   selama ia tidak meminta-minta yang haram.
5. Terjadinya hari kiamat. (Hadis Riwayat Ibn Majah dan Ahmad)

Ketinggian kedudukan hari Jumaat berbanding hari-hari yang lain dinyatakan Rasulullah s.a.w dengan sabdanya yang bermaksud:

"Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya ialah hari Jumaat". (Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)

Menyedari hakikat ini, pada hari Jumaat kita disunatkan pergi ke masjid awal, sekurang-kurangnya sebelum tergelincir mata hari. Ini kerana pada setiap hari Jumaat, Allah mengutus malaikat berdiri di pintu masjid untuk mencatat nama mereka yang masuk. Apabila khatib naik ke mimbar, berhentilah mereka.

Sebelum menunaikan fardu Jumaat, kita disunatkan mandi walaupun waktu sembahyang telah hampir. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yang sebaik-baiknya.

Dalam perjalanan ke masjid kita hendaklah dalam keadaan khusyuk dan merendah diri. Apabila berada dalam masjid, janganlah melangkah kepala orang untuk ke saf hadapan atau berjalan di sisi mereka. Jika hendak duduk di saf hadapan, kita hendaklah datang awal kerana Rasulullah melarang keras melangkah kepala orang.

Apabila masuk masjid, hendaklah kita sembahyang dua rakaat Tahayattul Masjid walaupun pada masa itu khatib sedang berkhutbah. Sebaik-baiknya hendaklah ia bersembahyang di tiang yang terdekat dengannya supaya orang ramai tidak lalu di hadapannya ketika ia bersembahyang.

Ketika imam berkhutbah, kita hendaklah memasang telinga untuk mendengar nasihat dan tunjuk ajar yang disampaikan. Anggaplah kita orang yang ditujukan segala nasihat dan kata bicara imam tadi.

Jangan sekali-kali berkata-kata atau bercakap dengan teman ketika imam berkhutbah. Larangan ini jelas daripada sabda Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang berkata kepada temannya sedangkan imam masih berkhutbah: Dengarlah! Maka dia telah lalai, dan barang siapa yang lalai pada waktu imam sedang berkhutbah maka tiada Jumaat baginya." (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Ini menunjukkan kita tidak dibenarkan melarang orang yang sedang bercakap ketika khatib berkhutbah dengan mengeluarkan suara. Untuk mendiamkan orang yang sedang berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah, harus dilakukan dengan isyarat atau dengan melempar batu.

Inilah antara perkara yang dituntut dan disunatkan ke atas jemaah pada hari Jumaat. Namun sebahagian besar kita belum menghayati perintah memakmurkan masjid ini.

Ketika muazin melaungkan azan, masih ramai yang melepak dan berbual kosong di kaki lima atau di sekitar kawasan masjid. Semangat 'marilah menuju kemenangan' yang dilaungkan seolah-olah tidak meresap ke sanubari jemaah.

Ketika khatib mula membaca khutbah, ramai yang bercakap walau pun sebelum ini telah diingatkan bahawa perbuatan bercakap sewaktu khatib membaca khutbah adalah perbuatan lagha (sia-sia) dan mengurangkan pahala Jumaat.

Sewaktu khatib membaca khutbah pula, ramai menundukkan kepala kerana mengantuk dan sebahagiannya tertidur. Siapakah yang bersalah dalam perkara ini? Adakah khutbah yang dibaca itu membosankan ataupun memang kita tidak berminat dengan nasihat yang disampaikan.

Yang nyata, sembahyang Jumaat hari ini tidak lebih satu ritual zaman berzaman masyarakat Melayu-Islam, bukan kewajipan. Apa yang berlaku ini ternyata menyedihkan dan seharusnya kita membetulkan kelemahan itu.

Sebaik-baiknya, perhimpunan seminggu sekali ini kita jadikan ruang untuk merenung kembali semangat perpaduan umat yang semakin terhakis dilanda arus kehidupan yang semakin hilang nilai kemanusiaan.

Selesai sahaja Jumaat, jemaah berebut-rebut keluar masjid, seolah-olah ia penjara. Malah ada yang merungut khutbah terlalu panjang jika ia mengambil masa 20 atau 30 minit.

Kekuatan umat Islam terletak di atas keteguhan kita menghayati Islam. Jika kita tidak mengambil berat amal ibadat yang asas ini, selama itulah kita akan rugi. Setiap detik hari Jumaat perlu dipenuhi untuk meningkatkan amalan soleh sebanyak mungkin, berbanding hari lain.

 Sumber: Hashim Ahmad

Thursday, March 4, 2010

LovE tHat BoY


Tanda lelaki benar benar jatuh cinta Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang benar benar jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA

BubYe.n WelcoMe

 mY old layout. (*_*)

Bubye to my old blog n welcome to my new blog layout..haha..susah gile laa nk ubah layout nie.. bile walking jerw ke blog orang laen, mesti jeles.sbb diorng punya blog lawa, cun.cantik,prefect.bile laa nk jadi mcm diorng tu. So.bagi memuaskan hati nie.ambil laa satu hari untuk ubah layout. Bertungkus lumus la selama 2 jam.. view sana sini.tukar sana sini. akhirnya jumpa la pe yang dikehendaki. Walaupun daa jumpa..jgn ingat taw layout nie x ditukar lagi. Hehe.hati manusia kan sentiasa xpuas. Lumrah hidup katakan. Byak lagi yang perlu diperlajari untuk memahirkan diri ngan dunia weblog nie. Makin hari makin sronok.makin la gatal tgn nie untuk mengepost story, mengubah dan menambah widget Sronoknye. hehe.. (^_^)


p/s: susah la nk letak widget merata2 dlm layout nie.sbb kedudukan amat terhad. so sori taw kali nie.lagu xada. xleh la korang nk joget2 dlm blog nie. haha. Nt laa kan ku usaha jugak. oke. Wslm.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...